Selasa, 1 Januari 2019

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH AWAL SEKOLAH

1947 - Nama asal bagi SKTDI ialah Sekolah Rakyat Kg Tebuk Pulai yang telah diasaskan oleh Tok Sidang Hj Ahmad Jana. Sekolah mempunyai guru seramai dua orang sahaja iaitu Encik Jajuli dan Encik Zainal. Permulaan sekolah di sebuah bangunan sementara yang dibuat secara gotong royong. Tapak sekolah adalah berhampiran masjid dan tanah perkuburan.

1949 - Sekolah ini diambil alih oleh Kerajaan Negeri Selangor. Guru Besar yang pertama ketika itu ialah Encik Junai HajiSalleh. Ramai murid pada ketika itu sekolah mempunyai murid seramai 70 orang dan guru seramai enam orang. Sehubungan itu, persekolahan hanya setakat Darjah Lima sahaja. Kemudian, nama sekolah telah ditukarkan kepada nama yang baru, iaitu Sekolah Umum Kg Tebuk Pulai. Guru Besar ketika itu ialah En Mutalib bin Yusoff dan sekolah ini mempunyai murid seramai 150 orang dan guru seramai tujuh orang.

1962 - Bangunan sekolah telah roboh akibat bencana dipukul angin rebut kencang.

1963 - Bangunan baru sekolah dibina ditapak yang baru di Jalan Parit 6, iaitu ½ kilometer dari tapak sekolah lama

1979 - Sek.Keb Kg Melayu Tebuk Pulai ditukarkan dengan nama SK Tun Doktor Ismail, Tebuk Pulai Sabak Bernam Selangor dan kekal sehingga kini


Tiada ulasan:

Catat Ulasan